Ahli Ziarah

Sunday, July 24, 2011

10 Sifat Perlu Ada Pada Seorang Da'ie..

  • 1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
  • 2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
  • 3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
  • 4)Tersusun urusannya
  • 5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
  • 6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
  • 7)Pandai berdikari
  • 8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
  • 9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
  • 10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)

Saturday, July 16, 2011

INI LANGKAH KU..

 Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

Monday, July 11, 2011

Ciri2 Ilmi Yang Manfaat

TANDA-TANDA ILMU YANG BERMANFAAT
( Kitab Bidayatul Hidayah oleh Imam Ghazali )




1.   Ilmu yang menambah ketakwaan kepada Allah
2.   Semakin banyak menuntut ilmu, semakin terasa kekurangan diri.
3.   Ilmu yang menambah rasa cinta pada akhirat, tidak cinta pada dunia.
4.   Terbuka mata hati sehingga ternampak kekurangan ibadah.
5.   Semakin berilmu, hati semakin terbuka untuk menyedari bahawa sesuatu yang datang itu adalah daripada hasutan syaitan.

Wednesday, July 6, 2011

Azab Aurat tak Dijaga




Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu diseksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek-robek faraj perempuan2 itu sehingga hancur.





Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.




Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.

Monday, June 27, 2011

Jika Kamu..maka Allah..

JIKA DAN KETIKA….


JIKA KAU BERASA LELAH DAN TAK BERDAYA

DARI USAHA YANG SEPERTI SIA-SIA…
ALLAH TAHU BETAPA KUAT ENGKAU TELAH BERUSAHA

KETIKA KAU SUDAH MENANGIS SEKIAN LAMA
DAN HATIMU TERASA PEDIH…
ALLAH SUDAH MENGHITUNG AIR MATAMU

JIKA KAU FIKIR BAHAWA HIDUPMU SEDANG MENUNGGU SESUATU
DAN WAKTU TERASA BERLALU BEGITU SAHAJA…
ALLAH SEDANG MENUNGGU SERSAMA-SAMAMU

KETIKA KAU BERSA SENDIRIAN DAN TEMAN-TEMAN TERLALU SIBUK UNTUK MENELEFON DIRIMU…
ALLAH SENTIASA BERADA DISAMPINGMU

KETIKA KAU FIKIR BAHAWA KAU SUDAH BERUSAHA SESUNGGUHNYA DAN TIDAK TAHU HENDAK BERBUAT APA LAGI…
ALLAH MEMPUNYAI JAWAPANNYA

KETIKA SEGALANYA MENJADI SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL
DAN KAU BERASA TERTEKAN…
ALLAH BERSAMAMU UNTUK MENENANGKANMU

JIKA TIBA-TIBA KAU DAPAT MELIHAT JEJAK-JEJAK HARAPAN…
SEBENARNYA ALLAH SEDANG BERBISIK KEPADA MU

KETIKA SEGALA SESUATU BERJALAN LANCAR DAN KAU BERASA
INGIN MENGUCAP SYUKUR…
ALLAH TELAHPUN MEMBERKATIMU

KETIKA SESUATU YANG INDAH TERJADI DAN KAU DIPENUHI
KETAKJUBAN…
ALLAH AKAN TERSENYUM KEPADAMU

KETIKA KAU MEMILIKI TUJUAN UNTUK DIPENUHI DAN MIMPI
UNTUK DIGENAPI..
ALLAH SUDAH MEMBUKA MATAMU DAN MEMANGGILMU DENGAN NAMAMU