Ahli Ziarah

Sunday, March 27, 2011

ASAL USUL API DI DUNIA..

Asal-usul api di dunia ini
  
TASIK API DI UZBEKISTAN

 -Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
 kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana
 kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
 Jibril A.S supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk
 kegunaan nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

 Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api
 neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

 Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

J
ibril : sebesar kurma. ..

 Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
 akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

 Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

 Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
 letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
 tidak  ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
 Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH
 sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as mengambil api
 neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg
 keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn
 mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai  = 70 x 70

 Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan
 diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba
 bukit itu terus meleleh cair maka cepat - cepat Jibril mengambil semula
 api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang
 terdapat di dunia ini sprt api yg sering kita gunakan utk berbagai
 keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.
PENGAJARAN
 :Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa
 disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya
 sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA. MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

Saturday, March 26, 2011

Maksud di Sebalik PEACE

peace_sign01001

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
peace_sign01006
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Thursday, March 24, 2011

Luahan Seorang Mualaf Terhadap Melayu Muslim

MELAYU HINAKAN ISLAM ???

Kepada Melayu yg beragama islam , berakhlak mulia bacalah buat renungan,
buat Melayu yg beragama islam, berakhlak Kafir bacalah buat tamparan bagi
kamu.

Saya sudah memeluk agama islam selama setahun lebih, saya dari agama hindu.
Sebelum saya masuk islam, saya berada di kelantan saya bertugas sebagai
dispatch clerk, ke hulur dan ke hilir dengan motorbike saya menghantar
surat. Setiap hari saya bangun awal, tak payah pakai jam loceng untuk
kejutkan saya, Azan subuh sudah mencukupi, saya banyak joint budak2 islam
kat sana , tak kira melayu, cina atau india. Dier orang ni memang
menghormati saya sebagai seorang sahabat , tak pernah saya dipanggil
"india","keling", atau panggilan2 lain yg menyakiti hati saya. Bila saya pi
sembayang kat kuil pun deir orang tunggu saya kat luar kuil, tak pernah
pulak dier orang kutuk kuil atau dewa2. Dihati saya memang terpikir nak tau
sangat pasal islam, Saya pun tanya kat member2, dier orang explain kat saya
1 hari suntuk, dengan mendengar bukti yg kukuh, terasa di diri saya ini
hindu adalah agama yg banyak mempercayai cerita2 mitos dan banyak pula dewa2
nya, then only saya memeluk agama islam yg suci ini, memang , selepas saya
memeluk islam jiwa saya terasa aman, I have peace in my soul, sebelum itu
pulak, terasa kesempitan dalam diri saya. Dan saya semasa itu tercari2 benda
yg saya rasakan amat penting tapi saya pun tak tau apa benda itu.

Selepas saya memeluk islam member2 yg yg beragama islam dari pelbagai
bangsa, banyak mengajar saya , dari soal sembayang hingga ke mengaji.

Sekarang saya berada di KL dah 4 bulan saya berkerja disini, saya terrasa
tidak senang lansung, saya dihina sebagai "keling", " mamak". Ada yg tanya
macam mana rasanya khinzir, ade pula nya tanya boleh ker saya makan lembu,
ade pula tanya " u dah pergi sembayang kat kuil ker belum", saya banyak
bersabar, saya meminta pada Allah supaya ampunkan dosa2 mereka dan membuka
hati mereka untuk memahami yg Islam itu adalah agama universal dan bukan
melayu punya sahaja.

Kutukankan dan kritikan yg saya dengar membuatkan di sudut hati merasakan
"kalau macam ni lah islam , terrasa menyesal pulak masuk islam", kenapa ,
adakah disebabkan saya ini berkulit hitam, negro yg kulit hitam legam yg
beragama islam pun tak macam ni, kenapa dihina macam ni, baru2 ni ahad lepas
saya lalu ker Yaohan The Mall, kat area jambatan yg bersama LRT, banya budak
melayu lepas kat sana, banyak melayu pakai seksi sampai nampak bahagian
atas-(paham2 jerlah), bila azan magrib tak reti nak pi sembayang, budak2
pompuan melayu islam hisab rokok, bergaul bebas tidak ditanya kenapa berbuat
begini, saya yg masuk islam dihina degan kata2 yg menguris hati saya, mana
saya pergi orang/bangsa lain homati saya sebagai kawan tapi bangsa melayu -
yg beragama islam kutuk saya , bangsa lain yg beragama islam tak pulak,
adakah ini ujian saya, ?, kenapa mulut mereka cabul dan celupar sangat,
kalau org tidak dikenali panggil saya "mamak/keling" saya tak endah sangat,
tapi member ofis saya sendiri panggil saya "mamak/keling", memang saya rasa
terhina betul, sebelum saya masuk islam, tak pernah pulak cina , india,
melayu panggil saya india / keling/ mamak, bila masuk islam kat kelantan
saya dianggap sebagai saudara sendiri, tapi di KL terlalu fenatik betullah,
Bagi saya orang yg menghina islam adalah orang2 kafir.. Kafirkah mereka yg
panggil saya 'keling', ?, dan masa saya memeluk agama islam yg suci ini,
masa isi borang dier tulis memeluk islam bukannya memeluk melayu.
Coolmegacats, saya ade membaca artikel yg u hantar sebelum ini, saya
sekarang bangga, saya bukan Melayu Islam tapi saya adalah India Islam,
Kepada Melayu semua betulkanllah bangasa sendiri sebelum betulkan bangsa
lain yg beragama islam, Alhamdullillah saya bukan Melayu, perangai yg teruk.
Maafkan saya bukan semua melayu tapi boleh katakan 90% yg saya jumpa
perangai macam setan. Ini bagaikan bak kata pepatah - kerana nila setitik
rosak susu sebelangga. Wasalam
Nama Islam Perlu dijaga..

Tuesday, March 22, 2011

Kesan Tak Membaca Bismillah


Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan  melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada  berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah  dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan  tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya  bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

 Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...

Saturday, March 19, 2011

6 Soalan Imam Ghozali


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri
 kita di dunia ini?".


 Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan
 kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi
 yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji
 Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)


 Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling
 jauh dari diri kita di dunia ini?".

 Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan
 bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban
 yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa
 lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa
 kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
 hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
 Agama.


 Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

 Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua
 jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang
 ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-
 hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

 Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

 Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar,
 kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"
 (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua
 tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah
 (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
 permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
 karena ia tidak bisa memegang amanahnya.


  Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu
 benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
 meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-
gara meeting kita tinggalkan sholat.


 Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia
 ini?".

 Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam
Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena
melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai
 perasaan saudaranya sendiri.



Peniupan Lilin Hari Jadi Dan Holly Water


 simbol sebenar orang putih meniup lilin semasa 
birthday tu ialah... kek tu diibaratkan sebagai dunia.. lilin tu 
ialah simbol sebagai NUR ISLAM. Dan apabila lilin tu ditiup, maka 
padamlah nur islam, dan kek sebagai dunia tu dipotong-potong dan 
dimakan oleh musuh Islam!! Hmm..hebat tak orang-orang kafir punya 
style? Yang kita kat sini dok syok ikut style mereka tanpa tahu apa-apa..


Satu lagi... pasal HOLY-WATER mereka tu. Nak tahu tak mana asalnya? 
Mmm..di dalam gereja besar itu tadi, once a year ada satu occasion di 
dalam sebuah special hall yang hanya boleh dimasuki oleh paderi and 
rahib tertinggi all over the world saje. Di situ mereka boleh berbuat 
ape saje termasuk berzina. Anak hasil penzinaan mereka itu lah akan 
dibunuh dan darah bayi tu akan disuling dan hasilnya ialah HOLY-

Masyaallah.....

Sunday, March 13, 2011

Kisah 5 Perkara Aneh :'_':

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

   Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
 "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar. 


always remember Allah my friends..

Monday, March 7, 2011

Seorang Pemuda Yang Terbaik dikalangan Terbaik

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.  Disiarkan semula  di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________ 
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
                                                       Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
                                       rantai merentang teluk horn
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
                                             rantai yang digunakan                              rantai merentangi teluk horn
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                            kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
                                          
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.